SEJARAH SEKOLAH 

Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 2 Januari 2001. Buat sementara waktu, sekolah ini menumpang di bangunan B Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun pada sesi petang untuk dua kelas tingkatan satu dan dua kelas tingkatan dua.

Dalam aspek pengurusan, sekolah ini asalnya terdiri daripada 14 orang guru-guru dan 6 orang staf sokongan. Pejabat sekolah ini menumpang di Bilik Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun yang telah diubahsuai.

Bilangan pelajar seramai 114 orang iaitu terdiri daripada 72 orang pelajar lelaki dan 42 orang pelajar perempuan yang berasal dari empat buah kampung iaitu Kampung Changkat Setol, Kampung Baru, Risda Tanjung Genting dan Perumahan Awam Kakitangan Universiti Utara Malaysia.

Terkini, pada tahun 2012, SMK Bandar Baru Sintok telah menjadi wadah ilmu bagi 699 orang pelajar iaitu 350 pelajar lelaki dan 349 pelajar perempuan,  51 orang guru iaitu 12 guru lelaki dan 39 guru perempuan dan 11 orang staf sokongan.




















 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola