SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMKBBS

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Bandar Baru Sintok dibuka pada 1 Julai 2002. Buat masa ini, pihak sekolah telah memperuntukkan 2 buah kelas untuk program ini.

Pada peringkat awal, program ini mempunyai 4 orang pelajar (lelaki) dan seorang guru sahaja. Kini, pada tahun 2013, PPKI telah berkembang dan mempunyai 39 pelajar Pendidikan Khas iaitu 29 pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Manakala, bilangan guru ialah 5 orang guru perempuan dan 2 orang pembantu pengurusan murid..

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan bilangan stesen yang diwujudkan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. Antara stesen yang diwujudkan seperti Stesen Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris, Kemahiran Hidup, Sains, Multimedia, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Moral.

 




















 

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola