INFO SEKOLAH LOGO SMK BANDAR BARU SINTOK MOTA (STIGMA) - Para pelajar yang sentiasa mengharapkan usaha daripada guru dan cendekiawan untuk membimbing dan memotivasikan mereka supaya sentiasa berusaha mencapai kejayaan kecemerlangan dan merealisasikan wawasan pendidikan bertaraf dunia melalui hubungan kerjasama yang erat dengan institusi pendidikan tinggi awam tempatan berhampiran iaitu Universiti Utara Malaysia. LILITAN BULATAN LUAR (LANGIT) - Semangat persaudaraan, perpaduan dan kekuatan yang dibentuk melalui permuafakatan pendidikan untuk membentuk budaya sekolah yang harmoni dan ceria. BULATAN DALAM (BUMI) - Menunjukkan tekad setiap warga SMKBBS untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat negara Malaysia dan masyarakat dunia dalam usaha mencari dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ke seluruh pelosok dunia. WARNA DAN MAKSUD LOGO SMKBBS - Biru Kepentingan pendidikan, perpaduan dan saling menghormati untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan. - Merah Keberanian, kesungguhan, keyakinan dan ketahanan diri - Kuning Ketaatan, kesetiaan kepada raja, negara dan agama serta martabat dan kemuliaan ilmu. - Putih Bersih, suci dan tulus ikhlas dalam perkhidmatan.
|
MOTO SEKOLAH Ilmu Tonggak Jaya BENDERA SEKOLAH ![]() Warna kuning dan logo sekolah membawa maksud bahawa warga sekolah sentiasa menjunjung raja berperlembagaan dan sentiasa menumpahkan taat setia kepada raja, negara dan agama serta martabat kemuliaan ilmu. Kedudukan logo yang terletak pada sudut kiri bahagian atas pula menunjukkan SMKBBS terletak di Utara Semenanjung Malaysia dan sentiasa bercita-cita tinggi dalam semua perkara. Warna merah pada bahagian atas sebelah kanan bendera membawa maksud keberanian, kesungguhan, keyakinan dan ketahanan diri warga sekolah SMKBBS menghadapi sebarang cabaran arus perdana globalisasi serta sentiasa berusaha berjuang meningkatkan imej dan marabat sekolah, negara, bangsa dan agama ke peringkat dunia. Warna biru yang diwarnai melintang pada bahagian bawah sebelah kanan bendera pula membawa pengertian bahawa warga SMKBBS sentiasa menjaga kepentingan dan perpaduan kaum di Malaysia dan saling menghormati untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat agar proses pembangunan diri, insan dan negara dapat disempurnakan. |