FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


VISI DAN MISI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

VISI

"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

MISI

"Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"


FOKUS SEKOLAH

- Memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah dengan cekap dan berkesan.

- Mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam.

- Melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang kokurikulum.

- Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berakhlak mulia.

- Meningkatkan permuafakatan menyeluruh di kalangan waris dan agensi luar.


 




















 


LAGU

'ILMU TONGGAK JAYA'

Kami Remaja Belia,

Berjanji Berikrar Setia,

Mendukung Segala Cita,

Menjulang Jaya Bangsa.


Berbekalkan Keimanan,

Menghadapi Segala Cabaran,

Mendukung Wawasan Negara,

Untuk Kejayaan Bersama.


SMKBBS,

Sentiasa Siap Bersedia,

Yakin Dan Berjaya,

Ilmu Tonggak Jaya.

(Ulang x 1)

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola