AKTIVITI BULAN SEPTEMBER

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 PERINGKAT SEKOLAH, 2012

04 SEPTEMBER 2012 (SELASA)

SMKBB Sintok telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 Peringkat Sekolah 2012 di dewan terbuka SMKBBS......
Tidak seperti tahun sebelum ini, sambutan pada tahun ini agak ringkas tetapi penuh bermakna dan meriah...Acara bermula dengan Kuiz Merdeka, melukis poster Kemerdekaan.. Kemudian sesi deklamasi sajak dan syair oleh Cikgu Rahmah, Cikgu Nazira, Cikgu Sharipah dan 2 orang pelajar yang mengisahkan tentang kesukaran kemerdekaan dicapai dan betapa pentingnya kemerdekaan yang dinikmati sekarang perlu dipertahan oleh generasi masa kini....Sambutan pada tahun 2012 diakhiri nyanyian lagu 'Bahtera Merdeka' dan ' Warisan'....

Dalam Ketawa Kita Meraikan Kemerdekaan,
Jangan Hanya Dilihat Sambutan Merdeka,
Sekadar Ilusi Semata.....Buku, Gambar, Video dan Sedikit Cerita Orang Tua,
Tapi...
Kita Perlu Jiwai Kesusahan, Keperitan dan Kesengsaraan 55 tahun dahulu......

PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

27 SEPTEMBER 2012 (KHAMIS)

Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa atau waris pelajar serta guru-guru dan para pelajar Ting. 3 dan Ting. 5 yang telah hadir di Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk Pelajar PMR Tingkatan 3 dan Pelajar SPM Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada bulan Oktober dan November. Majlis ini telah dianjurkan oleh SMK Bandar Baru Sintok dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)...dan diketuai serta diimamkan oleh Ustaz Shahidan dari Universiti Utara Malaysia. Semoga kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG akan berterusan dan moga-moga usaha ini membuahkan hasil yang boleh dijadikan kebanggaan warga sekolah dan masyarakat sekitarnya.


 





















This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola